Friday, June 12, 2009

KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN.....

Apa itu KAWAN, SAHABAT atau pun TEMAN?? Apa yang anda faham tentang perkataan keramat ini?? Telinga kita memang sudah biasa disajikan dengan perkataan ini. Tapi adakah anda benar-benar memahami ertinya?? Tiap individu di muka bumi ini mesti mempunyai ramai kawan. Even yang sumbang kera pun mesti ada kawan at least seorang. Kita ada ramai kawan tak kira apa warna kulit, bangsa, kedudukan, agama dan sebagainya. Kita sering meluangkan masa bersama kawan, ketawa, bergurau, bergosip dan pelbagai lagi aktiviti sampingan ketika bersama kawan. Tapi berapa ramai kawan yang sanggup keluarkan air mata ketika kita berada dalam kesusahan?? Berapa ramai kawan yang sanggup hulurkan tangan ketika kita terjatuh?? Berapa ramai kawan yang sanggup mengeluarkan duit poketnya ketika kita berada dalam kesempitan?? Berapa ramai yang sanggup meminjamkan bahunya ketika kita ingin menangis?? Jawapannya terpulang kepada anda sendiri. Semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan anda ketika anda memulakan sesuatu persahabatan. Tanya kepada diri sendiri pulak. Adakah anda telah berusaha untuk menjadi kawan yang terbaik?? Berapa liter air mata yang kita keluarkan ketika kawan kita menangis?? Hilai tawa, air mata dan pelukan adalah elemen yang sangat penting dalam persahabatan. Kita ketawa bersama,menangis bersama. Pelukan diperlukan untuk memberikan semangat,dorongan dan rangsangan kepada si kawan. Tak ada salahnya kita ‘meminjamkan’ sedikit semangat kita kepada kawan yang memerlukan kerana pasti suatu hari nanti dia akan ‘memulangkan’ semangat itu ketika kita pula yang memerlukannya.Perkataan Hello, Hai, Assalamualaikum and so on merupakan permulaan bagi sesebuah persahabatan. Sebuah senyuman manis yang dilemparkan juga tidak mustahil menjadikan senarai nama kawan bertambah. Disusuli dengan pertanyaan-pertanyaan yang biasa. Jumpa pula orang yang mempunyai minat atau citarasa yang sama, timbullah pelbagai cerita baru yang menambahkan keakraban. Jangan minat orang yang sama sudahlah. Nanti tidak pasal-pasal ada pula yang tarik-tarik rambut depan orang ramai. Emmm......memalukanlah pula. Sebuah persahabatan hanya mampu bertahan apabila kita sanggup bertempur untuk pertahankan persahabatan yang tersedia terjalin dan berani memulakan persahabatan yang bakal-bakal terjalin. Oleh itu, cuba anda perhatikan kiri kanan. Carilah wajah kawan kesayangan anda dan tataplah wajah mereka. Hargai segala masa yang telah anda luangkan bersama. Imbas kembali tentang perjumpaan pertama anda dan simpanlah memori tersebut di tempat yang paling dalam dalam hati anda.

P/s : masa tatap wajah kawan anda, pastikan yang sama jantina yea. Sebab lelaki dengan perempuan tidak boleh bertentangan mata. Zina. Dosa tue. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan renung mata kawan lelaki kerana dikhuatiri pertahanan anda sangat lemah untuk melawan panahan mata mereka. Dari mana datangnya cinta?? Dari mata turun ke hati. Nanti tak pasal-pasal ada yang terjangkit penyakit angau. Hahahahahahahaha............

p/s : nie bukan saya yang wat...tapi kawan, sahabat dan teman saya yang wat...hehehe....orangnya hanya ingin dikenali dengan nama NONSENSE....

No comments: